Popular Posts

Monday, November 8, 2010

SEMINAR PELUANG PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak bercerita sedikit mengenai seminar yang telah saya hadiri semalam (Sabtu). Seminar ni bertempat di Bandar Sunway. Penceramah adalah En.Shukor, admin Jutawanemas.com.Very interesting seminar. Punyela ramai orang yang hadir sampai kena pecahkan pada 2 sesi. Sesi petama jam 10.30 pg n sesi kedua jam 12.15 tgh. Biasenya, kalo kita dengar pasal emas je, sure kita pikir untuk golongan dewasa or tua je kan...tp skrg zaman dah berubah, ramai budak2 muda yang berminat gaks pasal emas ni. diorg dah mula pikirkan masa depan n not just nak enjoy je. Banyak info yang saya perolehi bile sy datang seminar ni n minda saya pun lebih terbuka mengenai perniagaan ni. Sebenarnya, bila saya mula2 beli emas, saya just nak buat as simpanan jer. tp, bile dah attend seminar ni, rupe2nye banyak kelebihan yang kite dapat.

Antara yang saya boleh ceritakan adalah sebab musabab kenapa kita perlu menyimpan emas:-

1. Emas adalah kekayaan yang sebenar.
Dari zaman Firaun dulu emas telah digunakan n pada masa tu kalo siapa yang gunakan emas, dia akan     dianggap kaya dan berkuasa. Sekarang ni pun, kalo sape ade emas, dia pun akan dianggap kaya. Ala, kalo kita tengok makcik2 yang kat kampung pakai emas banyak sikit je pun, kita dah berbisik ' banyaknye emas makcik ni'. Makcik kayo ni. Betul tak? Jangan tipu...

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
Dari kita kecik sampai la ni, dah besar panjang, ada tak kita tgk harga emas jatuh? takdekan.. bayangkan gelang yang mak saya belikan masa saya berumur belasan tahun dl rm400 plus bile ditrade-in kat kedai harganya telah mencecah rm2000. wow...tingginya.

3. Nilai wang kertas jatuh dalam jangka masa panjang
Wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Makin disimpan wang, nilainya makin merosot akibat inflasi. Kalo dulu, saya belanja skolah 50 sen pun dah cukup nak beli nasi lemak ngan air. tp skrg, rm2 pun tak cukup.

4. Emas adalah aset yang terunggul
Salah satu keistimewaan emas adalah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kpd wang kertas. Masa perang Vietnam, sekitar 1970-an, beribu-ribu pelarian Vietnam Selatan lari tinggalkan kampung halaman mereka. Mereka tinggalkan rumah, tanah dan juga binatang ternakan. Harta yang mereka bawa hanyalah emas sebab mereka sedar emas diiktiraf dimana sahaja dan mereka boleh tukarkannya dengan wang ditempat persinggahan mereka.

5. Emas tak boleh dimanipulasikan
Salah satu keistimewaan emas adalah ia sukar diperolehi dan tak boleh dicipta. Oleh sebab itu ia tak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tak boleh ditambah dengan mudah. Sebab itu, ia tak boleh dimanipulasikan. Kalo wang kertas, ia boleh dicetak sesuka hati. Bila dah terlalu banyak wang kertas dicetak, maka nilainya akan menurun, barang pun akan naik dengan menggila dan akan berlakulah apa yang dipanggil hyperinflasi.

Itulah serba sedikit sebab kita perlu menyimpan emas. Berikut adalah gambar2 yang sempat saya ambil sewaktu seminar semalam. Enjoice!
Sampai kena berdiri kakak2 ni kat luar. Ramai lagi sebenarnya yang berdiri kat blkg saya.

Punyelah ramai orang sampai kena dengar penceramah cakap dari luar


 Aik, Dr.Luv pun ader. Dr.Luv ni one of motivator Akademi Fantasia. Tp tak tau season bape.


Penceramah En. Shukor Hashim, Jutawanemas.com
Jawab, jangan tak jawab.

 
Signature pembakar semangat

Bergambo bersama mentor
 
One of the dealer. Student lagi ni tau. Huish, jeles tgk memuda lagi dah kumpul aset.

Kla, sampai di sini saja buat masa ni. Nnti sy akan cerita lagi pasal emas kat tuan puan yek. Tungguuuu....Bye.

1 comment: